TENTANG 247 PENGAJIAN

247 Logo - White w: black background.png

247 Studios merupakan sebuah organisasi teater tempatan yang ditubuhkan pada 2019 dan diasaskan oleh Syazni Bakar dan Amali Hj Roslin. Memegang moto ‘Mencipta peluang kesenian menerusi wadah teater’ dapat menampilkan hasrat 247 Studios untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi kesenian tempatan yang memiliki latar belakang yang bervariasi dalam menghasilkan pementasan teater yang progresif.

 

Beberapa persembahan dan bengkel yang telah dijalankan oleh 247 Studios dan rakan kolaborasi yang lainnya seperti ‘Alai Imbun’ dan ‘Film Making Programme’ hasil kolaborasi dengan Play Naturally, ‘8 Women’ hasil daripada kolaborasi dengan Alliance Francaise de Brunei. Juga berkolaborasi dengan NeoClassic Music School bagi menghasilkan ‘Vocal Power Workshop’, kemudian berkolaborasi dengan The Creative Core BN dan menghasilkan ‘Voices of The Untold’ dan ‘The Case of The Unsettled Souls’.

 

247 Studios juga berhasrat untuk bekerjasama dengan organisasi kesenian yang lain bagi membantu dalam mengembangkan dan meningkatkan lagi industri seni tempatan.